Saturday, July 13, 2013

aku dia dan kau



Kau!
Hidup kau sentiasa gembira.
Kau selalu ketawa.
Kau ramai kawan.
Kau tak ada masalah.
Aku..aku yang sentiasa bermuka sedih
Depress, monyok, muram
Kau tahu seksa hidup taka da kawan
Kau tahu runsingnya bila tiap hari ada je masalah dalam hidup aku.
Dia!
Dia yang hidup senang lenang
Yang walaupun sakit, tapi ramai orang sayang
Ramai orang ambil berat
Dia yang ada alasan untuk tak berfikir tentang hari esok
Aku..aku yang hidup susah
Aku yang terpaksa berusaha sendiri untuk dapatkan sesuatu
Aku yang dipinggirkan
Aku yang menangis memikirkan kelam masa depan
Aku yang ‘sakit’ di dalam
Hei, ‘aku’!
‘Kau’ juga manusia.
Manusia yang menangis dalam tawa
Yang mahu orang lain gembira walaupun hatinya sedih
Yang menyimpan duri dalam hati
Kerana tak mahu sahabatnya rasa sakit yang sama
Hei, ‘aku’!
‘Dia’ berjuang dengan kesakitan tiap saat dalam hidupnya
‘Dia’ juga manusia yang ada perasaan bersalah, rasa diri beban
‘Dia’ yang berjuang untuk hidup
Yang perlu bersedia berhadapan dengan sakaratul maut
Yang menanggung ketakutan pada tiap saat seterusnya

‘Aku’, ‘Dia’ dan ‘Kau’ adalah tiga manusia yang berbeza
Yang masih tempang dalam memahami erti hidup
Kongsikan harapan dengan orang yang anda cintai, agar mereka lebih menghargai kehidupan
It takes thousand year to know someone better than yourself
Be kind, as everybody is having a hard battle

Thursday, June 27, 2013

Senyuman ragamu

I heard this song and tetiba dpt idea.

This is the story of a girl
Who cried a river and drowned the whole world
And while she looks so sad in photographs

“Err..awak tak kisah ke kalau saya pinjam nota Geografi awak ni? Saya tengok nota awak lengkap, senang nak faham. Saya ni lemah skit bab pengetahuan geografi ni”,ucap Helmi.
“Eh, tak apa. Ambil je. Awak tak faham bab yang mana?”,soal Nabilah lembut. Penuh prihatin. Dan lembut. Dah la suka senyum.

“Cuba kau belajar untuk fikir positif. Kau asyik salahkan diri kau tapi kau tak ada usaha nak baikinya.”,ucap Aisyah
“Sya, aku memang betul-betul teruk. Aku tak tahu macam mana cara lagi nak bagi pelajaran tu masuk dalam otak, lepas tu duduk diam-diam kat situ. Aku tak boleh nak fokus tahu tak,”ucap Nazratul
“Kau ingat tak teori aku pasal buzzer beat..,”ucap Aisyah namun dipotong Nazratul.
“Oh, tak nak ingat. Aku bukan jenis yang genius sangat nak buat pecutan terakhir yang giga hebat. Aku kena mula sekarang. Tapi aku…tak tahu macam mana nak buat. Aku buka buku je mata aku dah layu..,”ucap Nazratul.

Bising betul lalat ni. Sepanjang hari dengar dia membebel tentang keputusan peperiksaan yang teruk.
“Tapi kat library susah la nak cari buku rujukan. Topik peta rentas tu macam komplikated je nak faham”,ucap Helmi.
“Tulah, saya pun rasa macam tu. Tapi hari tu saya dah jumpa Puan Habibah minta dia terangkan lagi pasal topik tu. Dia ada bagi saya nota tambahan, dia ambil dari modul sekolah MRSM.”,ucap Nabillah
“Oh,yeke. Saya nak photostat boleh?”,ucao Helmi
“Takpe, nanti saya photostat kan saya bagi awak esok. Ha, awak dapat tak jawapan soalan past year matematik..,”ucap Nabillah
“Kan best kalau aku jadi macam Nabilah tu. Pandai, cantik, pandai..aku dah cakap cantik ke tadi?”,ucap Nazratul.
“Kau jeles?”,soal Aisyah
“Op kos,  perempuan perfek macam tu siapa tak suka”,jawab Nazratul
“Jom”ucap Aisyah tiba-tiba menarik tangan sahabatnya.
“Jom kemana?”,Nazratul cuba membantah
“Kita tanya dia lah bila boleh belajar sama”,ucap Aisyah
“Alah, malu lah”,ucap Nazratul

Helmi angkat kening. Kenapa pulak budak berdua main tolak-tolak pula sambil tunjuk-tunjuk kearah mereka.
“Billah..”,akhirnya Aisyah memanggil nama Nabillah.
“Oh,Sya. Kenapa?”,soal Nabillah senyum pada Aisyah dan Nazratul.
Nazratul nampak tak keruan di belakang Aisyah dan hanya memandang ke tempat lain.
“Awak dah ada study group ke? Kami ingat kami nak belajar dengan awak”,ucap Aisyah.
“Eei, Aisyah ni. Kita bukan pandai sangat. Markah BM awak lagi tinggi dari kita okey. Markah Math kita pun dekat-dekat je. Ni hah, kalau awak nak belajar, belajar dengan sifu Helmi. Jom kita buat study group nak?”,ucap Nabillah kepada Helmi.
“Err..boleh je. Masing-masing ada subjek yang korang mahir kan, boleh la sharing-sharing.”,
“Err..kau tak nak ajak budak lelaki lain ke?”,tiba-tiba Nazratul bersuara perlahan.
Helmi angkat kening. Nazratul membisikkan sesuatu ke telinga Aisyah.
“Yelah, betullah. Takkan dia seorang. Nampak sangat ke-sotong-an dia tu.Hish, tolonglah!”,bisik Nazratul. Panas je Helmi dibuatnya kerana dia dapat menangkap perkataan sotong keluar dari mulut gadis itu.
“Aku balik dulu la. Suka hati korang nak belajar dengan aku atau tak. Aku tak pernah paksa”,ucap Helmi beredar dari situ dengan kepala berasap. Nabillah memberi pandangan kosong pada Nazratul kemudian turut beredar pulang.
“Apa? Aku ada salah cakap ke?”,soal Nazratul.

 And the clothes that you wear
Look swell the next day
Your hair never falls in quite the same way
You never seem to run out of things to say

…………………………………………………………………………………..
“Aku mengantuk…”,ucap Nazratul perlahan selepas lima minit belajar bersama Aisyah di perpustakaan petang itu selepas waktu sekolah.
“Seri, jangan la macam ni. Kerja Math kau yang semalam punya pun tak siap lagi. Hari ni dah bertan-tan latihan topikal cikgu bagi. PEKA Sains pun kau tak siap lagi”,ucap Aisyah memujuk Nazratul.
“ Tapi aircond ni buat aku ngantuk. Kita study tempat lain boleh?”,ucap Nazratul.
“Ala, aku malas nak gerak lagi. Tengah buat soalan math ni. Apa kata kau pergi basuh muka dan ambil angin kat luar dulu. Tapi lima minit aje tau”,ucap Aisyah. Nazratul mengangguk perlahan.
Yeay!
Nazratul sedang berjalan zig zag sambil terlompat-lompat di koridor belakang sekolah. Dia melilau ke sana kerana ingin melepaskan tekanan belajar dan menyegarkan kembali matanya yang mengantuk. Padahal lima minit yang diberikan Aisyah sudah pun berlalu.  Apabila dia ingin kembali ke perpustakaan, dia melalui kawasan taman botani yang dekat dengan padang sekolah. Dan di situlah dia lihat dua merpati sejoli sedang bercengkerama.
Ohoh! Ini satu jenayah sosial. Nak kena diorang ni!
Nazratul melangkah ke taman botani dan bersembunyi di belakang deretan pokok bunga kertas. Dia mengeluarkan lastik getah dari kocek baju kurungnya dan tersengih lebar.
Aku berlindung dari syaitan yang direjam! Nah ambik kau!

Tembakan lastik itu hanya tepat mengenai batang pokok, menyebabkan dua ekor burung merpati  itu lari berterbangan. Oh, gagal! Wajah Nazratul tertunduk.
Kemudian dia terdengar suara Helmi tidak jauh dari situ. Mungkin sedang belajar dengan Nabilah di pondok berdekatan. Dia menyelinap di balik pokok bunga menghampiri mereka.
“…sebab tu saya pilih untuk ke sekolah biasa. Sekurang-kurangnya saya nak jadi budak normal yang tahu hargai orang disekeliling saya”,cerita Helmi kepada Nabilah, seorang lagi rakannya dan Lukman. 
‘Oh, aku terlambat ke?’ ,detik hati Nazratul.
“Insyaallah, roh mak ayah kau termasuk dalam golongan yang diredhai, banyakkan berdoa. Sory tau aku terbukak cerita sedih kau ni. Aku cuma nak tanya je”,
“Tak apa. Hidup ni kena move on. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya.Pak Long selalu kuatkan aku dengan ayat 286 surah Al-Baqarah tu.”,
Nazratul merenung lama wajah Helmi dari kejauhan. Lelaki yang matang lebih awal dari usianya. Dia hilang mak ayah, tak ada adik beradik lain. Aku hilang mak saja, itupun Allah dah beri mak baru pada aku. Lagi aku ada ayah, abang, keluarga Mak Cik Khadijah. Kenapa aku perangai macam orang putus harap je?
“Okeh, sambung belajar balik. Man kau tengah buat soalan berapa?”soal Helmi berubah mood serius.
Plap!
Satu getah lastik ditembak tepat mengenai bahu Helmi. Ni kanak-kanak Ribena mana main lastik-lastik ni?
Nazratul membuntangkan mata. Alamak, macam mana boleh terlepas. Jauh pula tu. Baik aku cabut lari.
Umpaman ninja pantas saja Nazratul cabut dari tempat itu.

How many days in a year
She woke up with hope but she only found tears?
I can be so insincere
Making the promises never for real
As long as she stands there waiting
Wearing the holes in the souls of her shoes
How many days disappear?
You look in the mirror so how do you choose?

“Seri kau kemana? Tinggal satu jam lagi library nak tutup.”,ucap Aisyah membebel pada Nazratul yang hilang hampir sejam lamanya.
“Sya, aku bak belajar!”,ucap Nazratul bersemangat sambil tangan menghentak meja.
Shhh!
Erk! Lupa plak ni perpustakaan.
……………………………………………………………………………………………………………………….
“Ibu, ayah.. orang buat kerja kat rumah Aisyah”,ucap Nazratul apabila melalui ruang dapur untuk menculik tin biskut Marie. Encik Yusof dan Puan Khadijah yang sedang berbual sambil minum kopi usai makan malam itu memandang pelik pada Nazratul.
“Banyak sangat ke kerja rumah sampai nak belajar ke rumah Aisyah tu? Nanti ganggu pula adik-adik dia yang kecik lagi tu.”,
“Orang tak faham cara nak buat latihan ni. Kena tanya dia juga”,ucap Nazratul.
“Tak boleh tanya ayah ke? Ayah pun boleh jawab soalan tahap PMR ni”,ucap Encik Yusof.
“Tak boleh, benda ni susah. Pergi dulu”, jawab Nazratul tak berperasaan, kemudian keluar menunggang basikalnya meredah malam.
“Anak dara seorang tu macam dah berubah sejak akhir-akhir ni,kan?”ucap Puan Khadijah.
“Tulah, sejak dia rapat dengan budak Aisyah tu elok je perangai dia. Dah boleh bercakap dengan kita, tak buat masalah..”
“Atau sejak dia jumpa musuh ketat dia masa Hari Sukan hari tu. Marah benar saya tengok dia pada budak lelaki tu.”,
“Entahlah, Jah. Budak-budak biasalah gaduh, tak matang lagi.”
“Ohhhhhhh..macam tu. So cara dia sama jelah untuk soalan-soalan yang bawah ni?”,soal Nazratul laju saja menyalin jawapan (untuk semakan) dari buku latihan Matematik Aisyah.
“Iye,sayang. Okey, cuba kau terangkan kat aku balik step dia”,ucap Aisyah umpama seorang guru matematik yang tak garang.
“Boleh sokmo..eh sebelum aku terlupa. Esok tolong ambikkan getah lastik aku dari Helmi. Aku lupa nak ambik dari dia. Tak boleh hidup la kalau tak ada kawan baik aku tu”,ucap Nazratul.
“Kenapa ada kat dia?”
“Eksiden”.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Kau lukis apa tu?”,soal Aisyah pada Nazratul yang khusyuk melukis sesuatu pada buku teks.
“Peta rentas Gunung Ledang”,ucap Nazratul tak acuh. Padahal dia sibuk melukis kartun orang lidi dengan dialog lucu.
“Banyaklah kau. Petang ni aku kena teman mak aku pergi pejabat pos. Kau datang rumah aku waktu malam jelah ye”,
“Hemm..kerja rumah sikit je kan. Tak apa aku boleh buat sendiri”,
“Kau tak nak join kumpulan Lukman? Diorang selalu study kat pondok bacaan dekat taman botani”
“Tak nak aku. Jangan risau mei..”,ucap Nazratul.
“Oh, lagi satu Helmi kata dia tak tahu getah lastik apa yang kau cakap tu”,
“Erk!”. Habislah getah lastik aku dia buang kat mana.
Oleh yang demikian sebaik saja habis waktu sekolah Nazratul terus ke pondok bacaan berdekatan taman botani untuk mencari getah lastiknya.
“Folio sejarah tu cikgu nak tengok lusa kan? Awak dah buat sampai mana je?”,soal Nabillah pada Helmi.
“Erm, saya baru cari maklumat dari internet. Tak susun lagi. Malam ni kot nak taip dan print”,jawab Helmi.
“Ohh…lajunya. Saya baru dapat maklumat dari sumber majalah. Tu pun jenuh bongkar almari buku kakak saya”,
“Omak kau!”
Mereka dikejutkan dengan satu suara dari arah longkang besar yang hanya disaliri sedikit air dari blok bangunan berdekatan. Helmi teragak-agak menjenguk ke tempat itu.
Nazratul sedang membongkok mencapai sesuatu. Tadi dia terkejut seketika kerana ada seekor katak melompat betul-betul di hadapannya.
“Kau buat apa tu?”,suara Helmi sedikit meninggi. Perempuan ni kalau sehari tak beri masalah kepada dia memang tak sah.
“Erk! Aku..aku cari barang”,jawab Nazratul perlahan. Takut sebenarnya.
“Apa? Tak dengarlah”
“Cari barang!”,Nazratul menguatkan suaranya sedikit.
“Getah lastik kau tu taka da kat situ. Aku dah buang”,ucap Helmi.
Nazratul memandang lelaki itu lama. Riak wajahnya sedikit serius.
“Okey..”,ucap Nazratul perlahan dan melepaskan satu keluhan. Penat dia mencari ke sekitar kawasan itu sehingga masuk ke longkang itu. Mood Helmi sememangnya sudah rosak habis. Dia telah pun duduk di pondok dan mengeluarkan buku-bukunya tanpa mempedulikan Nazratul.
Nabillah pula cuba membantu Nazratul untuk keluar dari longkang tersebut.
“Tak apa, getah tu ada dengan kita. Nanti kita bagi awak esok. Awak patutnya tanya kita dulu”
“Lah, ye ke. Terima kasih, Billah.”
“Tak pe. Awak tak study dengan Aisyah ke hari ni?”,
“Tak, Aisyah ada hal.”
“Erm, apa kata awak temankan kita study dengan Helmi hari ni. Saidah datang lambat sebab dia balik rumah dulu. Sementara tunggu kasut awak kering duduklah dengan kami”
“Tapi saya berpeluh, bau busuk sikit”
“Tak kisahlah.Nanti apa pula orang kata kalau saya berdua dengan Helmi je. Boleh eh?”
Nazratul memandang gadis itu dan berfikir seketika. Kan senang belajar kat perpustakaan daripada berdating kat sini.
“Okey”,ucap Nazratul mengambil tempat jauh sedikit dari mereka sambil mengibas-ngibas bajunya kerana kepanasan.
Dia perhatikan saja tingkah mereka berdua itu. Elok je dok bincang,berbual senyum bagai. Cuba kalau lelaki itu dengan aku, hangin semacam aje.
Seekor kucing datang menghampiri tempat mereka. Nazratul pantas mengambilnya dan diletakkan di atas riba.
“Erm, tapi kalau ambil dua point ni je pun rasanya dah boleh. Sebab cikgu ada mention masa bincang jawapan ujian lepas.”
“Ohh..okey. Terima kasih”
“Sama-sama”,ucap Helmi. Matanya melirik pada si pembawa masalah di hujung pondok bacaan itu. Sedang bersila sambil mengagah si kucing dengan ekspresi muka pelik.
Budak ni memang tak betullah.
Tapi matanya sering saja melirik memandang perlakuan Nazratul.
Dan untuk satu ketika, Nazratul tersenyum pada si kucing dan ketawa lucu.
Satu ketika itu juga Helmi terpana.
Dia pernah lihat reaksi marah, reaksi bodoh, depress dan reaksi tak berperasaan gadis itu. Bukan gadis tu tak pernah ketawa atau tersenyum, terutama apabila bersama Aisyah namun kali ini betul-betul dia menghayati senyuman seorang Seri Nazratul.

This is the story of a girl
And while she looks so sad in photographs
I absolutely love her
When she smiles…

Dia pernah jadi pontianak dalam mimpi aku. Habislah lepas ni mimpi apa pula.
Helmi melepaskan satu keluhan berat dan beristighfar.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
credit to song This is a Story of a Girl-Three Doors Down

 this is part 2 of the whole story. part 1 ada dlm buku.

Friday, April 5, 2013

gigit, kunyah, telan itu buku

something grab my attention a few days ago. thanks to cik Syud & pameran buku mawar.
pernah dengar...
                                                                     nama pun cool je kan

other than novel2 melayu lain yg tak abis2 dgn kahwin paksa (sehingga memaksa aku memuntahkan katak spesis hutan amazon), buku2 keluaran syarikat ni hanya ada satu tajuk & kebanyakannya cerita underground. =_+ bajet mcm prnh baca kan, aku assume saja.

interesting kan?
so smlm dgn mamainya pusing dwn mawar utk kali ketiga & belek2 buku dari gerai im lejen. ada jumpa buku ni.

then ok lah. tak berani beli sbb takut mahal & tak pernah baca pun. takut membazir. takut bosan tak faham.
saya tak nampak pun nama nadia khan kat situ.
nadia khan yg Cik Syud mention tu.
yg wat cite 'aku, dia dan tong sampah'.
yg ada beto coolie tu.
WARGHH..

novel kelabu tu mahal skit, rm 25 kot. tp cerpen tu belas2 je. tu yg rs yg beli.
my reading habits seems to influence by trend. half true.half wrong.
betul sebab aku jnis yg tak suka benda rutin, benda yg slalu tayang kat tv, benda yg aku blh expect macam sinetron indon.
salah sebab aku ni pemalas nk cari the new thing in the town. kalau Cik Teha tak cerita pasal hana tajima sampai skrg aku akan ingt dia hanyalah artis hollywood kacukan jepun.serius.

satu manusia akan ada banyak karakter, dan pembacaan akan memantulkan karakter diri tersebut.
sapa je yang tak pernah rasa nak memberontak kan?
zint jd my book of honour lepas spm *bkn gmbr sndiri



bila aku rasa nak jadi gelak+rasa lovey dovey..erti kata lain jiwang;
                                       nurul syahida mcm seorg kakak yg ajar aku utk jd perempuan matang
                                         *still sufian still the best hero

dan saya ingin sangat teringin memiliki buku baru beliau 3 Hati. Mana nak cari Popular kat sini?

the best of the best...of course bila aku rasa hilang identiti diri;

banyak lagi penulisan yg aku tabik spring,tapi masih xde masa nak explore lagi dalam. so till then, assalamualaikum. +_= tak tau nk ending proper mcm mana

Monday, April 1, 2013

the silencer

the silencer that shall remain silent
not because she arrogant
not because she forget
but more to afraid of the illusion of darkness
of human expectation and hopes
of the failure
of the horrible yesterday....

my fate bring me here
far from home, far from my 'place of birth'
far from sahabat that i missed and loved for all my heart
but... how long shall i depend on them
how long shall i be in a comfort zone
life is a bed of roses, together with its merciless torn
so 'make a move', someone said
even if u been thrown to no man island
even if u're alone
remember that Allah always be with u

so yesterday i gain back my believe, my strength towards Allah
thanks to my new sahabat, i'll try to be close with them
 thanks to my sisters in Bulatan Gembira

although my heart keep bleeding like liona lewis's song, that is when watching you guys photo in facebook, i should be strong.
Innama a'mal lu bin niat . Insyaallah, it's all because of Allah.






Wednesday, March 13, 2013

jam 12.19 malam..

of my past
of my present
of my future...

pftt...dramatik gila. bila paksa otak bekerja waktu tidur mmg mcm ni lah jadinya.
atau ia lebih kpd sebuah escapenism

whatever, i miss my friend
dalam keadaan aku yg mcm tgh celaru di shah alam ni sahabat2ku ini pasti berkata;
farah: ia mungkin ambil masa tapi yg penting kau enjoy je dgn apa yg kau hadap tiap hari
syhuhada: chill je.


 fiza yg jauh di mata mungkin akan tepuk bahu aku & kata;
"hana jom pi uptown"
sebab dia tahu aku suka makan. & makan boleh hilangkan stress.

owh...i cant write anymore. biar gambar yg entertain korang.

beloved adik 1

adik 2

adik menumpang (kurang ksh syg)





the silly story of sta1b,sta1a

i miss her especially

and this blog article (from dakwahmakandalam.blogspot) make me think again...

 (*permisi gunakan artikel anta dlm gmbr ni)



 "dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"(yusuf:12:87)

so buat masa skrg, bak kata kak atika mustaqim;
"Chill...Allah kan ada".

ps: sorry pd sesiapa yg tiada dlm gmbr ni. korang ttp daebak & brmakna dlm hidup aku.



Sunday, January 27, 2013

Sang Pemimpi

Aku suka berimaginasi
Aku suka berfikir
Aku suka menyelesaikan masalah

Tapi rasanya macam dah makin teruk bila semua benda yang aku imagine,fikirkan dan masalah masuk ramai2 dlm mimpi aku. My biggest fear is when i experienced new situation or experience. First time taking driving lesson, first time going to university and yada yada. I'll make prediction of what will happen next,and for God sake it's really tiring. You should rest in your sleep and have a sweet dream but i tend to be busy in my sleep. Panda eyes, pimples...that's all the result after having a stressful life.

But i never want to stop dreaming. Because in my dream i can meet my old friends, family member(sometimes the dead one)and mostly the people at perak that i miss like heaven.as always, i dont have proper plot of dreams, all of them seems weird but like real.aku ingat aku sorang je yang slalu mimpi 'tak tutup aurat' tapi bila baca Aku Kan Novelis tntg mimpi Iza, glad to hear i'm not the one who had that. Yeah, who doesn't freak out when realising you're 'undone' in a crowd of people at a shopping complex.

Maybe i'm thinking too much bout my undone novel 'indie vs nasyid', because Kahfi is the one who having nightmare in his life. Yelah, mungkin tak sehebat Ramlee Awang Mursyid bila bercakap bab thrill dreams ni. dan aku pun sbnrnya tak ada idea yg kukuh lagi nak perjelaskan tntg nightmare Kahfi.

Dan paling aku suka bila alami dejavu, situasi bila anda rasa anda pernah mengalaminya melalui mimpi. frankly speaking, aku pernah mimpi aku dlm situasi melayan customer kat kmall tapi aku rasa mimpi tu x munasabah sbb aku tak bekerja. month after that, tadaa.. encik mimpi memang betul. rasa naik bulu roma pun ada. sbb tu aku rasa some kind of dreams i have to take note.

tapi mimpi tntg kematian atau kehilangan memang sangat tak best. aku rasa aku pernah menangis air mata darah & jerit mcm nak keluar anak tekak then to realised it was just a dream. tapi (bm aku rosak)tidak setanding pglmn kat universiti. tahulah asrama tepi hutan, mcm2 plak yg nk kacau aku tido.mmg nk jerit panggil roomate pun tak terkeluar suara.

mimpi itu satu pengalaman, satu fantasi, satu perjalanan yang kadangkala bawa kita ke satu lorong gelap yang tiada jalan keluar. sebab itu kena ingat Allah sebelum tidur. Bacalah Al-Mulk (ehem.slalu culas), tiga Qul dan fatihah.Baca doa tidur skali. moga tidur itu jadi satu barakah dalam hidup kita.



Monday, January 7, 2013

Cerita Hati Sara

v) Sara dan Dunia Baru

Sara termenung di 'meja kafe' di 7eleven itu. Hari pertama kerja terasa sangat SUCKS!
Dia memang gadis yang sedikit egoistik, berlagak, tak ambil peduli terhadap sesiapa atau apapun.Itu bukanlah satu sifat yang cool.Sifatnya itu yang membantutkan ramai orang tak berani menegur atau berkawan dengannya. Tapi semua tidak tahu itu semua hanya cangkerang yang ingin menutupi kelemahan dirinya.

Dia seperti kura-kura.

Haha.

Kura-kura mempunyai kulit yang sangat lembut.Hati Sara sangat sensitif, senang merasa takut dan rendah keyakinan diri. Dia susah nak suaikan diri dengan persekitaran baru. Dia seorang yang membosankan, takkan ada orang yang mengerti pemikirannya.

Dan cangkerang kura-kura berfungsi melindungi kulit lembut itu. Sara bersikap dingin, tak ambil peduli sekeliling kerana dia tak mahu orang lain tahu kelemahan dirinya itu. Dia tak gemar menyemakkan hidupnya dengan ramai sangat kenalan yang bukan semuanya jujur dan ikhlas. Baginya persahabatan itu bukan saja semata tegur bila bosan, komen tentang penampilan diri, mengomel tentang masalah harian tapi ia melibatkan kepercayaan. Dan kepercayaannya sangat berharga.Kerana itu akaun MukaBuku nya di privatekan.

Slurrpy disedut laju melalui rengkung yang sangat dahaga.Dia tak berkeinginan untuk menjamah makanan di restoran hujung bangunan itu seperti mana pekerja lain.Makan seorang diri di tempat orang ramai hanya menunjukkan bertapa kasihan dirinya. Lebih baik dia melayan perasaan di 7Eleven yang berhawa dingin itu.

Teringat pelanggan yang menayang muka bermasalah bila dia tersalah mengambil saiz baju, teringat pandangan annoying receptionist di HR Department, mesin punch card yang bagai cari gaduh dengannya, rakan sekerja yang berlagak..... semuanya hampir membuatkannya menangis.

Dia teringatkan sahabatnya di universiti. Kalaulah mereka ada disisinya. Kalaulah dia sentiasa ada kawan yang menemaninya ke mana sahaja dan menguatkan semangatnya. Kalaulah keluarganya sedikit meriah dan mesra supaya dia tidak terfikir untuk cari pekerjaan kerana kebosanan.

Betullah kata Ukhti Saleha, dunia luar ni memang mencabar dan kejam. Kawan hari ini tak mustahil musuh hari esok. Bukan macam sekolah yang senang saja kita nak berkawan dengan orang sebelah meja dengan pinjamkan pemadam. Tiada siapa akan tolong kita, kita kena berdiri atas kaki sendiri.Kerana semua manusia dewasa kat luar sana tu sedang berperang dengan takdir hidup masing-masing.Mereka tiada masa pedulikan orang lain yang tak berkepentingan buat mereka.

Hoh,cukuplah membebel. Dah nak abis waktu rehat ni.
Sara mengangkat punggung sambil memandang sekilas pekerja 7Eleven yang sedang menyusun bar coklat di rak. Dia senyum pendek tanda ucap terima kasih kerana menumpang duduk di kedai serbaneka itu selama sejam.