Wednesday, March 13, 2013

jam 12.19 malam..

of my past
of my present
of my future...

pftt...dramatik gila. bila paksa otak bekerja waktu tidur mmg mcm ni lah jadinya.
atau ia lebih kpd sebuah escapenism

whatever, i miss my friend
dalam keadaan aku yg mcm tgh celaru di shah alam ni sahabat2ku ini pasti berkata;
farah: ia mungkin ambil masa tapi yg penting kau enjoy je dgn apa yg kau hadap tiap hari
syhuhada: chill je.


 fiza yg jauh di mata mungkin akan tepuk bahu aku & kata;
"hana jom pi uptown"
sebab dia tahu aku suka makan. & makan boleh hilangkan stress.

owh...i cant write anymore. biar gambar yg entertain korang.

beloved adik 1

adik 2

adik menumpang (kurang ksh syg)





the silly story of sta1b,sta1a

i miss her especially

and this blog article (from dakwahmakandalam.blogspot) make me think again...

 (*permisi gunakan artikel anta dlm gmbr ni)



 "dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"(yusuf:12:87)

so buat masa skrg, bak kata kak atika mustaqim;
"Chill...Allah kan ada".

ps: sorry pd sesiapa yg tiada dlm gmbr ni. korang ttp daebak & brmakna dlm hidup aku.



Sunday, January 27, 2013

Sang Pemimpi

Aku suka berimaginasi
Aku suka berfikir
Aku suka menyelesaikan masalah

Tapi rasanya macam dah makin teruk bila semua benda yang aku imagine,fikirkan dan masalah masuk ramai2 dlm mimpi aku. My biggest fear is when i experienced new situation or experience. First time taking driving lesson, first time going to university and yada yada. I'll make prediction of what will happen next,and for God sake it's really tiring. You should rest in your sleep and have a sweet dream but i tend to be busy in my sleep. Panda eyes, pimples...that's all the result after having a stressful life.

But i never want to stop dreaming. Because in my dream i can meet my old friends, family member(sometimes the dead one)and mostly the people at perak that i miss like heaven.as always, i dont have proper plot of dreams, all of them seems weird but like real.aku ingat aku sorang je yang slalu mimpi 'tak tutup aurat' tapi bila baca Aku Kan Novelis tntg mimpi Iza, glad to hear i'm not the one who had that. Yeah, who doesn't freak out when realising you're 'undone' in a crowd of people at a shopping complex.

Maybe i'm thinking too much bout my undone novel 'indie vs nasyid', because Kahfi is the one who having nightmare in his life. Yelah, mungkin tak sehebat Ramlee Awang Mursyid bila bercakap bab thrill dreams ni. dan aku pun sbnrnya tak ada idea yg kukuh lagi nak perjelaskan tntg nightmare Kahfi.

Dan paling aku suka bila alami dejavu, situasi bila anda rasa anda pernah mengalaminya melalui mimpi. frankly speaking, aku pernah mimpi aku dlm situasi melayan customer kat kmall tapi aku rasa mimpi tu x munasabah sbb aku tak bekerja. month after that, tadaa.. encik mimpi memang betul. rasa naik bulu roma pun ada. sbb tu aku rasa some kind of dreams i have to take note.

tapi mimpi tntg kematian atau kehilangan memang sangat tak best. aku rasa aku pernah menangis air mata darah & jerit mcm nak keluar anak tekak then to realised it was just a dream. tapi (bm aku rosak)tidak setanding pglmn kat universiti. tahulah asrama tepi hutan, mcm2 plak yg nk kacau aku tido.mmg nk jerit panggil roomate pun tak terkeluar suara.

mimpi itu satu pengalaman, satu fantasi, satu perjalanan yang kadangkala bawa kita ke satu lorong gelap yang tiada jalan keluar. sebab itu kena ingat Allah sebelum tidur. Bacalah Al-Mulk (ehem.slalu culas), tiga Qul dan fatihah.Baca doa tidur skali. moga tidur itu jadi satu barakah dalam hidup kita.



Monday, January 7, 2013

Cerita Hati Sara

v) Sara dan Dunia Baru

Sara termenung di 'meja kafe' di 7eleven itu. Hari pertama kerja terasa sangat SUCKS!
Dia memang gadis yang sedikit egoistik, berlagak, tak ambil peduli terhadap sesiapa atau apapun.Itu bukanlah satu sifat yang cool.Sifatnya itu yang membantutkan ramai orang tak berani menegur atau berkawan dengannya. Tapi semua tidak tahu itu semua hanya cangkerang yang ingin menutupi kelemahan dirinya.

Dia seperti kura-kura.

Haha.

Kura-kura mempunyai kulit yang sangat lembut.Hati Sara sangat sensitif, senang merasa takut dan rendah keyakinan diri. Dia susah nak suaikan diri dengan persekitaran baru. Dia seorang yang membosankan, takkan ada orang yang mengerti pemikirannya.

Dan cangkerang kura-kura berfungsi melindungi kulit lembut itu. Sara bersikap dingin, tak ambil peduli sekeliling kerana dia tak mahu orang lain tahu kelemahan dirinya itu. Dia tak gemar menyemakkan hidupnya dengan ramai sangat kenalan yang bukan semuanya jujur dan ikhlas. Baginya persahabatan itu bukan saja semata tegur bila bosan, komen tentang penampilan diri, mengomel tentang masalah harian tapi ia melibatkan kepercayaan. Dan kepercayaannya sangat berharga.Kerana itu akaun MukaBuku nya di privatekan.

Slurrpy disedut laju melalui rengkung yang sangat dahaga.Dia tak berkeinginan untuk menjamah makanan di restoran hujung bangunan itu seperti mana pekerja lain.Makan seorang diri di tempat orang ramai hanya menunjukkan bertapa kasihan dirinya. Lebih baik dia melayan perasaan di 7Eleven yang berhawa dingin itu.

Teringat pelanggan yang menayang muka bermasalah bila dia tersalah mengambil saiz baju, teringat pandangan annoying receptionist di HR Department, mesin punch card yang bagai cari gaduh dengannya, rakan sekerja yang berlagak..... semuanya hampir membuatkannya menangis.

Dia teringatkan sahabatnya di universiti. Kalaulah mereka ada disisinya. Kalaulah dia sentiasa ada kawan yang menemaninya ke mana sahaja dan menguatkan semangatnya. Kalaulah keluarganya sedikit meriah dan mesra supaya dia tidak terfikir untuk cari pekerjaan kerana kebosanan.

Betullah kata Ukhti Saleha, dunia luar ni memang mencabar dan kejam. Kawan hari ini tak mustahil musuh hari esok. Bukan macam sekolah yang senang saja kita nak berkawan dengan orang sebelah meja dengan pinjamkan pemadam. Tiada siapa akan tolong kita, kita kena berdiri atas kaki sendiri.Kerana semua manusia dewasa kat luar sana tu sedang berperang dengan takdir hidup masing-masing.Mereka tiada masa pedulikan orang lain yang tak berkepentingan buat mereka.

Hoh,cukuplah membebel. Dah nak abis waktu rehat ni.
Sara mengangkat punggung sambil memandang sekilas pekerja 7Eleven yang sedang menyusun bar coklat di rak. Dia senyum pendek tanda ucap terima kasih kerana menumpang duduk di kedai serbaneka itu selama sejam.



Saturday, January 5, 2013


2012..what a year. mmg dah trlambat nak recap balik apa yg berlaku pada 2012 sebab at sudden i was really busy. busy & sakit kepala.

Well, 2012 was my CHANGE year and i'm so glad to meet all the awesome people. if u think kind people does'nt exist, well they actually right in front of u. if u just open a space for other & be kind, then he/she also will show u kindness that u never imagine.

well,tell u to change are'nt easy. I had a negative stigma even from my family. they think i'm out of my mind, i'm so 'kekampungan',yada yada. But i hold to my faith, i believe that i do this because Allah had give me a hidayah to change. So why i must waste it? Allah had show me the right path of life, and i realise how life is something so tough and full of torn. Especially if u're in the right track.But with Allah besides u,insyaallah He will make you stronger. Life is bitter, because heaven is so sweet.

I alaways had a thought to be someone that have the power to control other. Like a school prefect. I always had a tantrum because i had to listen to someone higher position than me. But then Allah show me how it is like to be a leader. and pufft.. it's really hard. Please don't ever ask for a responsibility, it's so hard yet if you're making mistakes,it could be the reason u been dragged to hell.

And once again, i'm glad to meet friends that never fail to makes me smile, to share my tears, & to my old friends that i always refer if i had a problem. To classmate that always give me support. Roomates that so cool & kind-hearted former roomates that i never forget. i realised how many people actually around me that all these while i ignore them.

2012 teach me about something i never know that makes me more matured. Call orang penting, berhubung dgn pihak atasan, meeting sampai pukul 3, usrah yang osem & membuka minda, jadi orang yang laju bekerja,bawa kete manual di highway dgn kelajuan 80 km/jam di lorong laju (i think i gonna die that day),kereta rosak, raya di rumah kawan yg sangat jauh, 'mandi' sungai tengah malam, panjat pokok...dan banyak lagi yg mmg mencabar jati diri gadis pasif macam aku ni.

In a conclusion, hardship do make u stronger. Even u think u gonna die when having a problem, go through with an ease heart. Chill, Allah is with u. Make a tasbih towards him everyday so that u not forget that He is not forgetting u.
Sayonara & arigato 2012. I'll always love you.

2013, i'm waiting for more challenge from you. Till then. Assalamualaikum.

Friday, December 28, 2012

budak2 zaman sekarang...


schools is back!!!
haha.apatah erti persekolahan pada graduate jobless macam aku. betullah, zaman persekolahan zaman paling best. kalau ada yg kata zaman sekolah dorang tak best, cuba check balik album2 lama tu. Sure ada momen2 yang buatkan korang tersenyum lebar & rasa macam on the to of the world.


TAK SABAR TAK SABAR TAK SABAR!!!

Bagi yg still sekolah kat tempat sama, kegilaan dgn kwn2 diteruskan mcm biasa. cuma mungkin ada yg kena tukar kelas kena pandai2 la nak adapt. Bagi yg baru nak masuk sek rendah or menengah,diingatkan korang sure akan mengalami culture shock.

So sebagai senpai yg dah brapa thn x jejak sekolah nak bagi pendedahan tntg peperangn psikologi pelajar sekolah, terutama di awal pembukaan sekolah.kebanyakannya mengenai barang2 persediaan sekolah.

1. BEG SEKOLAH
Dari perspektif aku la,beg sekolah melambangkan ke-cool-an, ke-best-an, kepopularan seseorang student. Your bag defines yourself, a little bit.Mungkin ada yg tak kisah pasal benda tu tapi sememangnya kita akan tertarik dgn seseorang berdasarkan first impression nya. Apa lagi dgn orang yg kita tak pernah kenalkan, itu jadi satu attraction utk perkenalan pertama.
so it's like a competition to see who get the coolest bag among peers.
dan sejak zaman dahulu kala aku tak pernah pandai pilih beg,instead of having a cheap but nice bag, aku end up dgn bag yg mahal dan skema. so maybe character trait aku sikit materialistik. walaupun sebenarnya aku just tak ada masa nak jelajah banyak kedai & beli saja kat tmpat yg ada sgt sedikit pilihan.

aku lupa rupa beg sekolah terakhir aku tapi aku ingat beg converse syuhada yang cun tu. we did'nt have a good relationship ey incik beg.

2. PENCIL BOX
Bagi kaum perempuan, apa yg aku tengok dorang...erk,KAMI suka beli pensel box yg besar & penuhkan dgn mcm2 bnda. Kalkulator,stapler,cellotape kecik...huh macam2 la. mmg blh survive kalau tercampak kat pulau terbiar. so perempuan ni lebih complete & terancang.
tapi lelaki pula simple je hidup dgn 2 batang pen yg kadang2 dpt free dari koperasi sekolah.& kalau cikgu sejarah anda tak suruh tanda jawapan pada latihan memang takde maknanya la dorang nak beli pen warna merah.
i used to love Pooh pencil box.sekarang pun minat cuma berkira skit bila bnda2 tu kena beli pakai duit sendiri. bak kata farah "kena save budget.ptptn tu bukan pemurah sangat".

3. BUKU NOTA
I LLLLLLLLLLLLLLOOOOOOOOOOOOVVVVVVVVVVVVVEEEEEEEEEEEEEE note book and had gone crazy with notebook at Popular especially. dari zaman sek rendah suka beli note book utk wat buku lagu, buku biodata, buku conteng2 (tulis cerita ciplak novel and filem, in my own way). Paling aku suka ada sorang classmate aku dapat note book Levi's yang damn sgt cun tapi tak tahu macam mana nak dapat. & bila ada aktiviti sekolah atau pameran pendidikan universiti, ramailah yg berebut nak ambik pen percuma & note book kalau ada.

4. MECHANICAL PENCIL
Dulu masa sek rendah kalau ada pencil shaker tu kira cool gila & ramailah tangan2 gatal yg nak pinjam then tak pulang2.it used to be a trend & tiap kali pegi koop mesti tengok pencil picit (my society used to call it like that) terbaru. & mula la kumpul byk2 fancy pensel picit sampai tak pegi rehat semata nak beli pensel tu.

5. BUKU RUJUKAN
last but not least, bagi yg semangat berkobar nak mula tahun baru beli buku rujukan & latihan byk2.yg kebanyakkannya pada akhirnya terbiar tak usik. yelah, sbnrnya latihan kat sekolah tu dh banyak gila so sapa yg rajin & istiqamah saja boleh buat latihan tambahan berganda2.
hari tu pg popular & lihat sorg bdk ni mcm excited je amik buku rujukan yg covernya dah semakin cun2 hampir utk stiap subjek (& aku kena tunggu 6 minit beratur kat belakang dia).owh.. i used to be like that tapi nasib baik dulu xde popular. aku beli sikit2 sbb kdai buku biasa x byk pilihan.

Material bukan kayu ukur utk pendidikan yg kita dapat. It is more precious than that, yg boleh bimbing kita dunia akhirat. tapi material kat atas tu still something yg buatkan zaman persekolahn sgt unik dan best. even sama je kat uni or tmpat keje tapi it doesn't have sentimen value like schooldays.






Cerita hati Sara


iii)

Sara melihat pada jam Guess nya. Sudah pukul 3.30 petang, patutlah perutnya lapar semacam. Dia melangkah ke restoran Secret Recipe.
“Cheese cake and lemon tea”,ucapnya pada pelayan di kaunter.
Dia duduk di tepi dinding kaca restoran itu, dekat dengan pintu masuk. Memang tiada privasi namun sekurang-kurangnya jauh dari sekumpulan pelajar Cina yang seperti meraikan hari jadi seseorang.
‘Tahu la kaya, diam skit boleh tak’,rungut Sara di dalam hati. Patah Seribu- Shila Amzah terpasang di stereo pusat membeli belah itu.

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu


Sara memandang sekilas pada kumpulan pelajar Cina tadi dan mendengus geram. Gelak tak ingat dunia. Kau ingat kau seorang ada kawan? Kau ingat kau seorang gembira lepak dengan kawan macam tu? Memikirkan yang ternyata dia berasa sunyi ketika itu, dia berhenti membebel di dalam hati.

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah


Tiada apa yang sedih tentang lagu itu namun rasa sebak meyerbu dadanya. Dia tak pernah kehilangan teman lelaki, teman istimewa ataupun sewaktu dengannya. Kesedihannya bukan kerana maksud lagu itu,malah dia merasakan sangat bodoh untuk mengenang teman lelaki yang telah mati. Tetapi, walaupun susah nak akui, suara Shila Amzah benar-benar menekan perasaannya yang telah patah seribu. Sakit di dalam hati yang lebih senang dibiarkan bersarang dan jadi using di telan waktu.

Dia tekankan sekali lagi, ia bukan berkaitan dengan kisah cinta monyet, kematian orang tersayang atau apa-apa yang klise dalam novel dan drama Melayu. Ia sesuatu yang lebih bermakna daripada itu.

Straw disedut. Sekurang-kurangnya mungkin air Lemon Tea boleh menyejukkan hatinya. Dia menyuap kek keju ke dalam mulutnya. Nikmat kek berharga RM 7 tidak termasuk cukai itu tak mampu melawan gundah di hatinya dan serabut di fikirannya.
Oh tidak! Sesiapa tolong tutup stereo tu!

‘Apa masalah kau sebenarnya?’, soal si Akal.
‘Aku tak pernah ada masalah. Aku okey. Kau peduli apa?,’ jawab si Hati.
‘Orang yang paling tak tabah adalah orang yang simpan masalah dia dalam hati. Dia terlalu takut untuk luahkannya’, Akal beri fakta.
‘Not a big deal’, Hati menafi.
‘Kau tahukan kau tak boleh bertahan lagi’, Akal mendesak.
‘Insyaallah, boleh.’,jawab Hati.

Sara merenung Blackberry nya. Termenung jauh. Mesti rupanya sangat mengasihankan sampai dia tak sedar beberapa pelanggan dan pekerja di Secret Recipe itu memandangnya yang kaku sejak suku jam yang lalu.

‘I have money and I’m happy with it!’, dia membuat konklusi dan cepat-cepat menghabiskan makanannya. Orang bijak pandai kata, buku adalah terapi yang baik. Mungkin dia patut mendapatkan sebuah buku di Popular

Cerita Hati Sara

Well, this is suppose to be the first entry. Ye,kerana bebelan incik Syuhada saya beriltizam kuat menyambung tali perjuangan penulisan. Poyo!

Bab 1: Sehari dalam hidup Sara

Wake up in the morning feeling like P Diddy
(Hey, what up girl?)
Grab my glasses, I'm out the door, I'm gonna hit this city
(Let's go)
Before I leave, brush my teeth with a bottle of Jack
'Cause when I leave for the night, I ain't coming back


Suara Keisha yang naik dua oktaf dari speaker Blackberry Sara mengejutkan gadis itu yang senang enak diselubungi selimut tebal Mashimaro. Tangannya pantas menekan butang ‘Stop Alarm’.
Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Sara merebahkan kepalanya ke bantal semula. Semalam baru berazam tak nak tidur lepas Subuh namun seperti biasa rasa mengantuknya tak dapat ditahan. Dia melangkah ke bilik air dengan tualanya untuk mandi. Dan lagu ‘Tik Tok-Keisha masih bermain di kepalanya.

Don't stop, make it pop
DJ, blow my speakers up
Tonight, I'mma fight
'Til we see the sunlight
Tick tock, on the clock
But the party don't stop, no


Ayah dan ibu seperti biasa pagi-pagi lagi sudah ke tempat kerja. Ayahnya Encik Irfan seorang arkitek di firma seni bina di Johor Bharu. Ibunya, Puan Natasha adalah seorang pegawai penyelidik di Pusat Penyelidikan MARDI, Kluang. Sebagaimana perbezaan profesion mereka yang bagai langit dan bumi begitu juga personaliti dan hubungan mereka yang jauhnya seperti kutub utara dan kutub selatan.

Sara membuka peti ais, kemudian mengeluh. Tiada apa yang menarik selain roti dan Nutella. Bedal sajalah. Dia keseorangan di rumah banglo dua tingkat itu. Dua orang adiknya masih berada di bangku sekolah. Nurul Natalia, 16 tahun bersekolah di SM Sains Seremban sementara Ahmad Fahmi,14 tahun di MRSM Muadzam Shah. Ya, mereka sangat pandai tidak seperti kakak mereka yang hanya mampu ke UiTM Pulau Pinang.
Semuanya belajar jauh-jauh dan semua jugalah bersikap ‘jauh-jauh’ dengan ibu bapa mereka.

Sara yang telah menamatkan pengajian diploma bidang pengurusan pejabatnya masih kekok dengan ibu bapanya, walaupun telah menjadi penganggur terhormat di rumah. Entahlah, penting ke semua tu?
Kawasan Taman Tasik Kluang sunyi sepi, ‘sesunyi’ Si Tompok yang sedang buang air besar di luar kawasan rumah. Sara menghabiskan waktu dhuha itu dengan melayari laman sosial Facebook. Sara menaip status.

SaraLia : Workless. Jobless. Boredness. Laziness. Anybody want to add?
Ya, nama sebenarnya sememangnya Sara Lia. Satu pop-up message dari kawannya Fatin.

FatFab : Gedik-ness! Aku ajak kau kerja kat KL ni tak nak. Job Attack hari tu kat SA pun kau miss. Apa cer?
SaraLia : Malas. Kau bukan tengah kerja ke?
FatFab: Tak ada customer la sayang. Btw, kalau malas tak payahlah merungut
Fatin, kawannya di universiti dan sedang bekerja sebagai recepcist di Hotel Putra.

SaraLia : Suka la
FatFab : Cari hobi baru. Menulis, buat video, ke. Boleh la kau femes macam Kak Hanis Zalikha tu.
SaraLia : Tak minat. Malas
FatFab : Kan kau suka shopping. Jadi sales girl atau promoter kat butik yang kau minat?
SaraLia : I want to be a VVIP, not a servant to them
FatFab : Kau betul2 nak kena basuh dengan Cik The, kasi brainwash skit.
Sara tergelak. Cik Teh Suhaida, kaunselor di kampus mereka yang sangat psiko dan kekampungan. Sering menghantui pelajar dengan falsafah ala-ala Shakesphare nya.
SaraLia : Putus nafas
FatFab : K, GTG. Muahh *kiss kiss
SaraLia : Geli aku =p

Sara melepaskan satu keluhan berat. Dia melangkah ke bilik dobi apabila mendengar mesin basuh di bilik dobi berbunyi, menandakan bajunya telah siap dibilas.