Saturday, July 13, 2013

aku dia dan kau



Kau!
Hidup kau sentiasa gembira.
Kau selalu ketawa.
Kau ramai kawan.
Kau tak ada masalah.
Aku..aku yang sentiasa bermuka sedih
Depress, monyok, muram
Kau tahu seksa hidup taka da kawan
Kau tahu runsingnya bila tiap hari ada je masalah dalam hidup aku.
Dia!
Dia yang hidup senang lenang
Yang walaupun sakit, tapi ramai orang sayang
Ramai orang ambil berat
Dia yang ada alasan untuk tak berfikir tentang hari esok
Aku..aku yang hidup susah
Aku yang terpaksa berusaha sendiri untuk dapatkan sesuatu
Aku yang dipinggirkan
Aku yang menangis memikirkan kelam masa depan
Aku yang ‘sakit’ di dalam
Hei, ‘aku’!
‘Kau’ juga manusia.
Manusia yang menangis dalam tawa
Yang mahu orang lain gembira walaupun hatinya sedih
Yang menyimpan duri dalam hati
Kerana tak mahu sahabatnya rasa sakit yang sama
Hei, ‘aku’!
‘Dia’ berjuang dengan kesakitan tiap saat dalam hidupnya
‘Dia’ juga manusia yang ada perasaan bersalah, rasa diri beban
‘Dia’ yang berjuang untuk hidup
Yang perlu bersedia berhadapan dengan sakaratul maut
Yang menanggung ketakutan pada tiap saat seterusnya

‘Aku’, ‘Dia’ dan ‘Kau’ adalah tiga manusia yang berbeza
Yang masih tempang dalam memahami erti hidup
Kongsikan harapan dengan orang yang anda cintai, agar mereka lebih menghargai kehidupan
It takes thousand year to know someone better than yourself
Be kind, as everybody is having a hard battle

No comments:

Post a Comment