Monday, January 7, 2013

Cerita Hati Sara

v) Sara dan Dunia Baru

Sara termenung di 'meja kafe' di 7eleven itu. Hari pertama kerja terasa sangat SUCKS!
Dia memang gadis yang sedikit egoistik, berlagak, tak ambil peduli terhadap sesiapa atau apapun.Itu bukanlah satu sifat yang cool.Sifatnya itu yang membantutkan ramai orang tak berani menegur atau berkawan dengannya. Tapi semua tidak tahu itu semua hanya cangkerang yang ingin menutupi kelemahan dirinya.

Dia seperti kura-kura.

Haha.

Kura-kura mempunyai kulit yang sangat lembut.Hati Sara sangat sensitif, senang merasa takut dan rendah keyakinan diri. Dia susah nak suaikan diri dengan persekitaran baru. Dia seorang yang membosankan, takkan ada orang yang mengerti pemikirannya.

Dan cangkerang kura-kura berfungsi melindungi kulit lembut itu. Sara bersikap dingin, tak ambil peduli sekeliling kerana dia tak mahu orang lain tahu kelemahan dirinya itu. Dia tak gemar menyemakkan hidupnya dengan ramai sangat kenalan yang bukan semuanya jujur dan ikhlas. Baginya persahabatan itu bukan saja semata tegur bila bosan, komen tentang penampilan diri, mengomel tentang masalah harian tapi ia melibatkan kepercayaan. Dan kepercayaannya sangat berharga.Kerana itu akaun MukaBuku nya di privatekan.

Slurrpy disedut laju melalui rengkung yang sangat dahaga.Dia tak berkeinginan untuk menjamah makanan di restoran hujung bangunan itu seperti mana pekerja lain.Makan seorang diri di tempat orang ramai hanya menunjukkan bertapa kasihan dirinya. Lebih baik dia melayan perasaan di 7Eleven yang berhawa dingin itu.

Teringat pelanggan yang menayang muka bermasalah bila dia tersalah mengambil saiz baju, teringat pandangan annoying receptionist di HR Department, mesin punch card yang bagai cari gaduh dengannya, rakan sekerja yang berlagak..... semuanya hampir membuatkannya menangis.

Dia teringatkan sahabatnya di universiti. Kalaulah mereka ada disisinya. Kalaulah dia sentiasa ada kawan yang menemaninya ke mana sahaja dan menguatkan semangatnya. Kalaulah keluarganya sedikit meriah dan mesra supaya dia tidak terfikir untuk cari pekerjaan kerana kebosanan.

Betullah kata Ukhti Saleha, dunia luar ni memang mencabar dan kejam. Kawan hari ini tak mustahil musuh hari esok. Bukan macam sekolah yang senang saja kita nak berkawan dengan orang sebelah meja dengan pinjamkan pemadam. Tiada siapa akan tolong kita, kita kena berdiri atas kaki sendiri.Kerana semua manusia dewasa kat luar sana tu sedang berperang dengan takdir hidup masing-masing.Mereka tiada masa pedulikan orang lain yang tak berkepentingan buat mereka.

Hoh,cukuplah membebel. Dah nak abis waktu rehat ni.
Sara mengangkat punggung sambil memandang sekilas pekerja 7Eleven yang sedang menyusun bar coklat di rak. Dia senyum pendek tanda ucap terima kasih kerana menumpang duduk di kedai serbaneka itu selama sejam.



No comments:

Post a Comment