Tuesday, December 25, 2012

Cerita Hati Sara


ii)
Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Sara berkira-kira mahu keluar menonton wayang di Kluang Mall.Usai solat Zohor dia mencapai kunci kereta Viva nya setelah meninggalkan stick on note pada peti ais.

'Keluar tengok wayang. Maybe balik lambat'

Mungkin si penjual tiket BIG Cinema sudah pun mengenalinya kerana hampir tiga kali dalam seminggu, setiap kali ada filem baru dia akan menontonnya.Mungkin juga sudah muak melihat wajahnya yang jarang membalas senyuman.
Nak kerek pula kan? Siapa tak geram kalau buat kerja macam siput ?
Dan dia peduli apa kalau seorang penjual tiket lepasan SPM itu membencinya.

Sara tak pernah kisah untuk mengutip popcorn yang jatuh di lantai bilik wayang, tak pernah kisah pada budak kecil yang merengek ketika filem berada pada kemuncak cerita, tak pernah peduli pasangan remaja yang berpelukan dalam wayang itu.

"Holy, crap!",dengusnya sejurus selepas 5 minit filem Taken 2 ditayangkan. Sara tahu dia buta agama, jenis yang tak ikut skema agama sangat tapi dia tahu agama Islam itu sangat mulia,sebaik-baik agama. Agama Allah yang lurus pada jalan-Nya. Jadi memang tak boleh terima lah kalau awal-awal cerita lagi dah tunjukkan keburukan Islam.

'Propaganda Yahudi betul!', bisik hatinya lalu dia angkat kaki meninggalkan bilik wayang nombor 4 itu.

"Aduhai...lenguh betul kaki aku berdiri. Saja je Miss Liew tu nak pantau aku macam komander, sebab kes aku tertidur kat fitting room tu lah. Huh, nasib baik gaji banyak, kalau tak jangan harap lah aku buat kerja membosankan ni",ucap seorang promoter pakaian sukan yang memakai nametag 'Haryani' pada temannya yang bernama Nani.
"Hemm, yang kau lepak kat tempat aku kenapa? Nanti lagi bising amoi tu",ucap Nani.
"Ala, relaks la. Dia pergi tandas.Huh, kan best aku jadi macam budak kaya tu. Seronok je jalan-jalan beli barang. Mesti anak orang kaya kan. Aku perasan dia selalu juga datang sini", ucap Haryani memuncungkan bibir ke arah Sara yang berada di ruang pakaian wanita tidak jauh dari mereka.

"Harga ni lepas less atau sebelum?",soal Sara muka tak beriak pada jurujual menunjukkan kemeja kotak kotak.

Antara jenis manusia yang aku paling cemburu dan benci adalah jenis orang yang berdikari. Kerja, cari duit sendiri,...semua tu perlukan keberanian yang tiada pada dirinya. Dia miliki segala harta kekayaan dunia, namun dirinya miskin dengan sifat-sifat positif. Dia tempang bab personaliti.
Dia melepaskan keluhan, dia tak kisah. Dia peduli apa.

No comments:

Post a Comment