Friday, December 28, 2012

Cerita hati Sara


iii)

Sara melihat pada jam Guess nya. Sudah pukul 3.30 petang, patutlah perutnya lapar semacam. Dia melangkah ke restoran Secret Recipe.
“Cheese cake and lemon tea”,ucapnya pada pelayan di kaunter.
Dia duduk di tepi dinding kaca restoran itu, dekat dengan pintu masuk. Memang tiada privasi namun sekurang-kurangnya jauh dari sekumpulan pelajar Cina yang seperti meraikan hari jadi seseorang.
‘Tahu la kaya, diam skit boleh tak’,rungut Sara di dalam hati. Patah Seribu- Shila Amzah terpasang di stereo pusat membeli belah itu.

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu


Sara memandang sekilas pada kumpulan pelajar Cina tadi dan mendengus geram. Gelak tak ingat dunia. Kau ingat kau seorang ada kawan? Kau ingat kau seorang gembira lepak dengan kawan macam tu? Memikirkan yang ternyata dia berasa sunyi ketika itu, dia berhenti membebel di dalam hati.

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah


Tiada apa yang sedih tentang lagu itu namun rasa sebak meyerbu dadanya. Dia tak pernah kehilangan teman lelaki, teman istimewa ataupun sewaktu dengannya. Kesedihannya bukan kerana maksud lagu itu,malah dia merasakan sangat bodoh untuk mengenang teman lelaki yang telah mati. Tetapi, walaupun susah nak akui, suara Shila Amzah benar-benar menekan perasaannya yang telah patah seribu. Sakit di dalam hati yang lebih senang dibiarkan bersarang dan jadi using di telan waktu.

Dia tekankan sekali lagi, ia bukan berkaitan dengan kisah cinta monyet, kematian orang tersayang atau apa-apa yang klise dalam novel dan drama Melayu. Ia sesuatu yang lebih bermakna daripada itu.

Straw disedut. Sekurang-kurangnya mungkin air Lemon Tea boleh menyejukkan hatinya. Dia menyuap kek keju ke dalam mulutnya. Nikmat kek berharga RM 7 tidak termasuk cukai itu tak mampu melawan gundah di hatinya dan serabut di fikirannya.
Oh tidak! Sesiapa tolong tutup stereo tu!

‘Apa masalah kau sebenarnya?’, soal si Akal.
‘Aku tak pernah ada masalah. Aku okey. Kau peduli apa?,’ jawab si Hati.
‘Orang yang paling tak tabah adalah orang yang simpan masalah dia dalam hati. Dia terlalu takut untuk luahkannya’, Akal beri fakta.
‘Not a big deal’, Hati menafi.
‘Kau tahukan kau tak boleh bertahan lagi’, Akal mendesak.
‘Insyaallah, boleh.’,jawab Hati.

Sara merenung Blackberry nya. Termenung jauh. Mesti rupanya sangat mengasihankan sampai dia tak sedar beberapa pelanggan dan pekerja di Secret Recipe itu memandangnya yang kaku sejak suku jam yang lalu.

‘I have money and I’m happy with it!’, dia membuat konklusi dan cepat-cepat menghabiskan makanannya. Orang bijak pandai kata, buku adalah terapi yang baik. Mungkin dia patut mendapatkan sebuah buku di Popular

No comments:

Post a Comment