Friday, December 28, 2012

Cerita Hati Sara

Well, this is suppose to be the first entry. Ye,kerana bebelan incik Syuhada saya beriltizam kuat menyambung tali perjuangan penulisan. Poyo!

Bab 1: Sehari dalam hidup Sara

Wake up in the morning feeling like P Diddy
(Hey, what up girl?)
Grab my glasses, I'm out the door, I'm gonna hit this city
(Let's go)
Before I leave, brush my teeth with a bottle of Jack
'Cause when I leave for the night, I ain't coming back


Suara Keisha yang naik dua oktaf dari speaker Blackberry Sara mengejutkan gadis itu yang senang enak diselubungi selimut tebal Mashimaro. Tangannya pantas menekan butang ‘Stop Alarm’.
Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Sara merebahkan kepalanya ke bantal semula. Semalam baru berazam tak nak tidur lepas Subuh namun seperti biasa rasa mengantuknya tak dapat ditahan. Dia melangkah ke bilik air dengan tualanya untuk mandi. Dan lagu ‘Tik Tok-Keisha masih bermain di kepalanya.

Don't stop, make it pop
DJ, blow my speakers up
Tonight, I'mma fight
'Til we see the sunlight
Tick tock, on the clock
But the party don't stop, no


Ayah dan ibu seperti biasa pagi-pagi lagi sudah ke tempat kerja. Ayahnya Encik Irfan seorang arkitek di firma seni bina di Johor Bharu. Ibunya, Puan Natasha adalah seorang pegawai penyelidik di Pusat Penyelidikan MARDI, Kluang. Sebagaimana perbezaan profesion mereka yang bagai langit dan bumi begitu juga personaliti dan hubungan mereka yang jauhnya seperti kutub utara dan kutub selatan.

Sara membuka peti ais, kemudian mengeluh. Tiada apa yang menarik selain roti dan Nutella. Bedal sajalah. Dia keseorangan di rumah banglo dua tingkat itu. Dua orang adiknya masih berada di bangku sekolah. Nurul Natalia, 16 tahun bersekolah di SM Sains Seremban sementara Ahmad Fahmi,14 tahun di MRSM Muadzam Shah. Ya, mereka sangat pandai tidak seperti kakak mereka yang hanya mampu ke UiTM Pulau Pinang.
Semuanya belajar jauh-jauh dan semua jugalah bersikap ‘jauh-jauh’ dengan ibu bapa mereka.

Sara yang telah menamatkan pengajian diploma bidang pengurusan pejabatnya masih kekok dengan ibu bapanya, walaupun telah menjadi penganggur terhormat di rumah. Entahlah, penting ke semua tu?
Kawasan Taman Tasik Kluang sunyi sepi, ‘sesunyi’ Si Tompok yang sedang buang air besar di luar kawasan rumah. Sara menghabiskan waktu dhuha itu dengan melayari laman sosial Facebook. Sara menaip status.

SaraLia : Workless. Jobless. Boredness. Laziness. Anybody want to add?
Ya, nama sebenarnya sememangnya Sara Lia. Satu pop-up message dari kawannya Fatin.

FatFab : Gedik-ness! Aku ajak kau kerja kat KL ni tak nak. Job Attack hari tu kat SA pun kau miss. Apa cer?
SaraLia : Malas. Kau bukan tengah kerja ke?
FatFab: Tak ada customer la sayang. Btw, kalau malas tak payahlah merungut
Fatin, kawannya di universiti dan sedang bekerja sebagai recepcist di Hotel Putra.

SaraLia : Suka la
FatFab : Cari hobi baru. Menulis, buat video, ke. Boleh la kau femes macam Kak Hanis Zalikha tu.
SaraLia : Tak minat. Malas
FatFab : Kan kau suka shopping. Jadi sales girl atau promoter kat butik yang kau minat?
SaraLia : I want to be a VVIP, not a servant to them
FatFab : Kau betul2 nak kena basuh dengan Cik The, kasi brainwash skit.
Sara tergelak. Cik Teh Suhaida, kaunselor di kampus mereka yang sangat psiko dan kekampungan. Sering menghantui pelajar dengan falsafah ala-ala Shakesphare nya.
SaraLia : Putus nafas
FatFab : K, GTG. Muahh *kiss kiss
SaraLia : Geli aku =p

Sara melepaskan satu keluhan berat. Dia melangkah ke bilik dobi apabila mendengar mesin basuh di bilik dobi berbunyi, menandakan bajunya telah siap dibilas.

No comments:

Post a Comment