Friday, December 21, 2012

indie vs nasyid

here some sneaks peak from my novel (yg terbantut =.=)



“Ya, encik. Boleh saya bantu?”,Kahfi disapa seorang lelaki berkopiah di muka pintu.
“Err, maaf. Saya nak jumpa Ustazah Hamidah”,
“Oh, ada urusan apa ye?”,soal Hanafi.
“Erm..ada urusan peribadi yang perlu dibincangkan dengan dia.”
“Saya Hamidi, pengetua di sini. Merangkap abang Hamidah”
Hambek kau! Sekali abang dia daa..

“Err.. err.. maaf saya tak tahu. Saya Kahfi.”
Bakal adik ipar abang.Haih~
“Mungkin awak boleh beritahu saya perkara yang awak nak bincangkan dengan Hamidah.”
Mereka mengambil tempat duduk di sebuah bangku berhampiran taman permainan. Kahfi pun menceritakan tentang hajatnya ingin berkenalan dengan Hamidah.
“..tuan tentu tahu kan jika kita tak kenal seseorang, macam mana kita nak cintakan dia dan buat keputusan untuk kahwin”,ucap Kahfi berterus terang. Hamidi sekadar tersenyum sebelum menjawab.

“Jadi awaklah lelaki yang buatkan adik saya tak keruan sejak kebelakangan ni? Lagi satu, kamu tak perlu panggil saya tuan, anggap saja saya abang kamu. Boleh?”,Hamidi cuba mencipta keserasian dengan Kahfi.
Kahfi senyum malu dan mengangguk.

“Baik, Kahfi. Apa yang kamu mahu kenal tentang adik abang?”
“Erm.. ermm..mungkin tentang apa yang dia suka. Saya nak tahu kalau dia setuju dengan perkahwinan ni”,ucap Kahfi.
“Jadi sekarang masing-masing tak kenal antara satu sama lain?”
“Saya hanya kenal dia melalui cerita-cerita kakak saya.Dan mungkin dia juga begitu. Tapi saya masih tak cukup kenal dia untuk jadikan dia isteri saya. Err..tak salah kan kalau kami berjumpa sekali dan saling kenal antara satu sama lain?”

“Oh, memang tak salah. Tapi, antara kamu mesti ada abang atau ayah kami. Kamu kena ingat, matlamat tak menghalalkan cara. Berkenalan memang boleh, tapi mesti ada caranya. Contohnya seperti menggunakan perantaraan macam yang kita tengah buat sekarang ni.”,
Haila, susah betullah nak jumpa si ustazah ni. Kakak aku tak bagi, abang dia tak bagi. So macam mana aku nak kahwin?

“Abang masih tak tahu tentang keputusan dia, tapi apa yang abang tahu tentang adik abang tu dia seorang yang bermuka serius tapi untuk orang yang dia rasa serasi dia akan jadi peramah. Dia tak pernah ada pengalaman dengan lelaki , abang rasa, so memang dia agak pemalu dan awkward kalau nak bercakap dengan lelaki sekalipun.Dan Insyaallah ,dia jenis yang menjaga diri dan agama.”,
“Abang rasa dia boleh terima lelaki macam saya?”
“Kamu lelaki yang macam mana?”

“Yelah..lelaki biasa, macam saya. Saya bukan ustaz atau imam muda. Doa qunut pun saya selalu skip. Macam mana saya nak jadi imam kepada seorang ustazah macam dia?”
“Kamu tahu kan, adik abang tu bukan lulusan Al-Azhar atau UIAM. Dia pelajar IPTA biasa dan satu ketika dia jumpa turning point dia untuk berubah. Mulai detik itu, malah sampai sekarang insyaallah dia cuba ubah dirinya jadi lebih baik dan baik. Ustazah tu hanya panggilan untuk seorang wanita, bukan pangkat pada tingginya ilmu agama kita. Hamidah masih seperti kamu, sedang mencari dan belajar erti hidup sebenar.”,terang Hamidi membuatkan Kahfi termenung seketika.

“Dan abang rasa, tujuan kakak kamu mahu jodohkan kamu dengan Hamidah adalah sebab dia rasa kamu mampu jumpa turning point kamu bila berkahwin dengan Hamidah. Mungkin dia rasakan Hamidah mampu bimbing kamu. Jadi jangan rasa kamu tak layak atau apa, sebab ia akan mempengaruhi kamu untuk buat keputusan. Kamu sendiri harus ada pendirian tetap untuk berkahwin, jangan kerana kakak kamu atau abang sekalipun. Berkahwin kerana Allah”,nasihat Hamidi.

“Abang tak pernah kenal saya, macam mana abang boleh percayakan saya untuk jaga adik abang?”, soal Kahfi. Hamidi terdiam seketika kemudian tersenyum. Aku suka budak ni.
“Sebab..mungkin sebab kamu berani dan jujur untuk kenal adik abang tu. Lagipun, si cik adik tu asyik mengintai kamu dari tadi…”,ucap Hamidi menunjuk pada sebatang pokok yang tak jauh di belakang Kahfi . Serentak Hamidah seakan beku tak mampu bergerak dan matanya bertemu dengan Kahfi yang turut berpaling melihatnya.

“…jadi abang rasa mungkin dia pun ada hati dengan kamu.”,sambung Hamidi lagi.
Kahfi turut kaku memandang Hamidah. Perempuan skuter tu.

No comments:

Post a Comment